Friday 15 April 2011

Mandi Manda Kalumpang

hah! rentetan dari peristiwa kemenangan bergaya kami pada Rentap Futsal semalamnya, hari ni... kami ke kalumpang pula memulakan aktiviti riadah di pagi ahad dengan adegan renang2.. pada awal pagi, mcm biasa lah tugas masak memasak dan persiapan dijalankan sebelum ke kalumpang... mcm biasa, x lengkap klu picnic x de BBQ ye dak... bebrapa chef telah dikenal pasti untu menyediakan juadah pada hari nie.. antaranya ketua chef, WakJul dan pembantu2 nya Nad, Hani & Sue menyediakan makanan yg best tuk we all...



Perjalanan bermula seawal jam 10.00 pagi sebanyak 5 buah kereta... alhamdulillah selamat sampai di Kalumpang tepat jam 1.00 petang.. mencari port dan aktiviti mandi pun bermula.. sebahagian sibuk pula membuat bara api tuk BBQ nanti..



 kami juga dihiburkan oleh bro Mot kerana menghiburkan kami dengan alunan lagu2 dari gitar dia yg hebat tue.. best sey lepak tepi sungai, BBQ, nyanyi2... yg x tahan tue nyanyi lagu raya.. motif?? ntah ler... hehehe... berhibur la katakan...


tengo la air dia yg jenih tue... sejuk?? usah kiralah... mmg sejuk gila la.... tapi aku tgk si brrr ni steady je duk berendam... hehehe... mandi2 lapar, mandi semula nyanyi, LAPAR.. hehehe... habis santak roti sandwich tu aku kerjakan... hehehe...
aktivi semua selesai jam 4.30 petang... kami pun bersiap2 untuk pulang semula ke shah alam.. esok nak keje lagi kang jem plak pale nie duk layan lepak jer.. mcm biasa.. mesti ingat!! selesai je aktiviti mesti KEMAS semula tempat penginapan korang... kami dah pun melantik Sue sebagai AJK kebersihan la yg mana dia la yg bertanggung jwab memeriksa kadar kebersihan setiap aktiviti yg dijalankan..
last sebelum balik, kasi posing dlu 1 kali untuk kali terakhir sambil mengucapkan terima kasih kalumpang... hehe..... dan x lupa... gaya manja so mot bersama harimau yg dijumpai semasa perjalanan pulang dari kalumpang

Thursday 14 April 2011

FUTSAL KOSMO

Pada 15 Mei 2010 lalu, kami menghantar 1 team Futsal pada kejohanan Futsal Belia di Putrajaya.. kejohanan bermula seawal jam 7.30 pagi.. ia telah dicadangkan oleh Syed Is untuk menjadi peserta pada program nie.. dan kami pn mengorak langkah dan memulakan perancangan untuk game kali nie.. Thx to ayed menyumbangkan jersey bagi menampakkan kami 1 team yg gagah!! hehehe... acara bermula dgn pendaftaran dan sesi fotografi..

penganjur program futsal tersebut ialah akhbar Kosmo! sebenarnya hari ni bukan sahaja aktiviti sukan Futsal saja yg dijalankan, malah berpuluh lagi aktiviti lain dijalankan untuk golongan belia.. antaranya bola jaring, memanah, drag race, drift, perkehmahan belia dan lain2.. tujuannya adalah untu mengumpulakn belia di  Malaysia nie dan membuat aktiviti berfaedah!! hehe...

 tunggak utama sentuhan juara awal yg memberi saingan cukup kuat pada peserta lain.. 
diketuai oleh Syed (Kapten), Wak jul, Aznoor, Kwn Syed, Amin, Ayed, 
Suhaimi Meor Hassan Brrr, King (jurulatih), tajul dan Syafiq (pengurus)

setiap team dikehendaki melawan 3 team (di dalam group) tersebut... dalam 3 game, kami memenangi 3 hati pengunjung sahaja kerana team kami kalah ketiga tiga game... =) hehahahah... just for fun okay! 


majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. 
p/s : sempat jugak aku interframe yeah~

ni antara aksi2 pemain kita yang berjaya menulang nama baik team nie persada antarabangsa :


goal keeper terbaik, Brrr ketika beraksi di padang

syed dan amin sedang merancang srategi memcahkan kebuntuan lawan


perancang utama penyumbat gol mata untuk pihak lawan... hahahahah

kelihatan di situ sue turut hadir memberi sokongan padu untuk team nie

acara berakhir jam 3.40 petang kerana kami pulang awal dan tiada lagi game untuk seterusnya (dah kalah ler) beruntunglah kami ada seorang pengurus yg baik dan berdedikasi memberikan sebiji rumah untuk kami berehat sebentar melepaskan penat lelah kami.. mandi dan bersiap2 untuk pulang ke shah alam.. makan2 kat kedai klate bawah umah safiq, dan perjalan diterukan pulang ke rumah masing2...

Terima Kasih..

**diharapkan dapat lagi mengikuti program sebegini kerana bersama kita memartabatkan golongan belia di mata dunia!!!




Wednesday 13 April 2011

Siapa dia 7 itu??

Mengenali dgn lebeh dekat lagi.. sape plak ni geng 7 nie?? adakah dia terlibat sama sekali dgn geng double7 7kaki ayam?? x jugak... abis... apo yg dikatokan 7 tueh?? meh kite tengok!!

Syed Ismail (Syed)
Berasal dari Sg Petani kedah.. Orang utara arrr ni... kemas hangpa ckp nooo... hahaha... 
Bekerja di salah sebuah syarikat swasta di ibu negara.. hehe...

yang ni plak namanya izzul mustaat atau lebeh dikenali sebagai wakjul.. Anak Jawa Sabak Bernam,Selangor ini merupakan ahli yg paling muda dikalangan kami.. tapi?? umur bukan batas nak berkawan kan?? kan?? kan?? hahaha
wak jul kacak!!!
Anis Abd Hamid.. Anak jawa berasal dari Tanjong Karang, Selangor. sungguh kacak dan bergaya.. bleh dirasuk jin tanpa perlu diseru.. berkebolehan dalam aksi kalajengking dan kuda kepang.. dan nama penanya ialah Ronaldonis
Syed Zainan a.k.a Nana.. Berasal Selayang, Selangor.. Merupakan bakal pakar forensik Negara.. hehe... Pakar dalam mengetahui Nutrisi makanan dan juga pernah memenangi beberapa peraduan (menyanyi) bersama Allayarham Yasmin Ahmad..
yang ni pulak namanya Suliza Binti Mohd Arrif, Berasal dari Seri Iskandar, Perak... nama manja Sue.. bekerja di salah satu institusi perbankan di Shah Alam.. sangat periang, sporting dan cool.. kalau karok, FUh~ menggigil dengar lagi2 kalau Irama Malaysia.. Lunak!

waheedatul afizah atau wahee.. berketurunan Banjar Tanjong Karang.. Bekerja di unit beruniform di ibu negara.. sangat suka menyangkal dakwaan yg dikeluarkan oleh King & Anis.. sangat bersungguh-sungguh jika melakukan suatu kerja! suke gelak dan ni buah hati si kacak Anis~


dan ini lak Khairul Izwan Mokhtar Md Arrif atau King.. nama cam poyo lak King kan?? tp bkn aku yg bagi, masa Orientasi belajar dulu2.. hehe.. Berasal dari Sg Besar, Selangor.. juga berketurunan Jawa.. Sangat Bising dan tidak boleh dibawa ke majlis rasmi.. hehehehe


haaa... tu lah dia serba sedikit backgorund mengenai we all.. bukan maksud we all di ada 7 org je dunia akhirat.. x mcm tue.. ramai lagi kwn2 lain... semua best2 dan sporting abis.. x lupa juga semua kawan2 lain especially bdak2 kelas PLK HRM yg lain... okay... see u next episod! tadaaaaaa~

Tuesday 12 April 2011

Tertubuhnya Blog 7 Jahanam

Alhamdulillah, secara officialnya, telah tertubuhnya blog daripada geng 7 jahanam terjah, untuk berkongsi minat dan aktiviti yang we all buat untuk kita berkongsi2 pengalaman dan maklumat untuk dikongsi bersama.. kebanyakan aktiviti yg we all buat lebih kepada aktiviti macam travelling, sukan lasak, movieng, lepaking dan lain2 yg terfikir... diharapkan juga, blog nie menjadi penghubung dan merapatkan lagi tali silaturrahim antara kami bertujuh (khususnya) dan dan semua rakan2 (amnya).. Sekian

 dari kiri nana, syed, sue, king, anis, wak jul & wahee
 kami sporting!!


moga hubungan yg erat ini semakin utuh.